Sunday, 28 December 2014

Melancong Ke Desaru : Teratak Penawar

Salam.. kali nie saya nak bercerita tentang salah satu lagi tarikan pelancong yang mungkin sesuai dikunjungi oleh mereka yang gemarkan suasana desa, kehijauan dan kedamaian. Namanya adalah Teratak Penawar. Actually Teratak Penawar nie terletak di kawasan yang sama dengan Bujang Firefly. Cumanya, Teratak Penawar nie berada di laluan jalan masuk ke Bujang Firefly. Senang kata, kalau kita pegi Bujang Firefly nie, kita akan jumpa Teratak Penawar ni dulu.. so, kiranya mmg dekat sangat dengan jalan masuk ke Bujang Firefly. 

Sebenarnya, kat sini, ada beberapa tarikan yang kita mungkin boleh terokai. Antaranya adalah;

1. Projek tanaman Rock Melon menggunakan sistem automatik
2. Tempat penginapan ala ala homestay
3. Bilik meeting
4. Bilik seminar
5. Aktiviti riadah 

Semasa kami datang, kebetulan masa tu tengah musim menuai.. so dapat la kami melihat bagaimana buah rock mellon nie dituai.. Setiap pokok hanya dibenarkan untuk menghasilkan antara 4 hingga 8 biji buah sahaja dalam satu satu musim. Sebabnya adalah bagi menjaga kualiti buah yang dihasilkan nanti. Actually, setiap pokok boleh berbuah lebih dari 8 biji dalam satu satu musim. Tapi bila dah terlalu banyak buah yang dihasilkan, jumlah reject yang dihasilkan juga biasanya tinggi. So, bagi mengelakan membuang masa dengan melayan buah 3rd grade ni, biasanya diaorang akan control pengeluaran. 

Sebiji rock melon beratnya antara 750 gram hingga 1 kg. Bagi diaorang, tengok saiz buah je, diaorang dah tahu berapa berat buah tersebut. Selain tu, untuk mengetahui jumlah berat sebiji rock mellon tu dengan hanya menggunakan visual dertimination, mereka juga mengira jumlah hari sejak 1st day pokok itu berbuah.. (lupa nak tanya berapa lama, baru buah tu boleh dipetik.. hehe.. )


Taman Fertigasi
Harga pasaran sebiji buah rock melon nie adalah antara RM7.5 hingga RM12 mengikut berat dan gradenya. 


Ada Gazebo untuk rehat rehat
Bagi penggemar rock melon, kat sebelah pintu masuk kawasan ini, ada terdapat tempat jualan buah buahan ini.. harganya mmg lagi murah compare dengan kat luar. Tapi second grade la.. iye la kan, bagi saya, sama je.. tapi bagi diaorang, ada 1st 2nd dan 3rd grade. Kitaorang sempat jugak beli beberapa biji.. rasanya sama sedap macam beli kat pasaraya Jusco.. hehe 

Berikut adalah beberapa photo yang sempat saya snap semasa jalan jalan area sini
Pemandangan dari pintu masuk

Selain itu, kalau nak stay sini pun boleh. Makan, tempat tido semua mmg best best.. 

Untuk tempahan, harga dan lain lain informasi lanjut, sila hubungi +60105375979 atau email ke inquiry.accurate.travel@gmail.com

Next entry, saya akan bawa anda semua bermandi manda di pantai desaru dan beberapa pantai yang lain.. 




Tuesday, 16 December 2014

Melancong Ke Desaru : Kota Tinggi Fire Fly (bhgn 2)

Salam... (ada orang kata kena sebut As Salam, Assalamualaikum.. dan macam macam la.. niatnya sama.. )

Ok kita sambung balik pengalaman percutian saya dan family ke Desaru Kota Tinggi.. hari tu baru cerita masa kat tengah jambatan yang.. so kita stop masa kat halfway la kiranya.. halfway dari segi perjalanan dan halfway jugak dari saya bercerita.. sapa yang lom baca entry saya yang lepas, leh visit accurate travel web

Signboard En Bujang
Perjalaanan ke Desaru dari Pasir Gudang melalui Senai - Desaru Highway atau Highway Exit 222 mengambil masa kira kira 45 minit je.. tu kalan dalam normal condition la.. bawak dalam 90 - 100kmj.. (bawak family mana boleh laju kan... safety first)

Destinasi Pertama - Makan Kat Bujang Fire Fly Restoran..
Bila kita exit kat Desaru Tol, jalan tak sampai 5 minit, kita akan jumpa satu simpang 4. Kalau terus akan ke Lok Heng dan macam macam lagi felda.. actually jalan nie ada banyak connection ke beberapa tempat jugak.. kalau belok ke kanan akan ke Desaru, Bandar Penawar dll dan kalau kita turn ke kiri, kita akan menuju ke Kota Tinggi dan ofcourse la.. kita akan jumpa banyak gugusan felda.. Air Tawar 1, 2,3,4,5.. Pasak dll..
Makan atas sampan / bot

So, sebab kita nak makan dulu, kita belok kiri dan meneruskan perjalanan dalam 5 minit macam tu.. dan kita akan jumpa signboard Bujang Fire Fly.. Sebelum simpang tu kita akan nampak satu restoren Chamek Kopitiam.. (owner Brand Chamek nie member jugak.. nama penuh dia tak ingat apa tah.. tapi nama glamor dia MR Chodot.. ha.. glamor nama ko Chodot ...)

So, just go straight.. kita akan lalu bawak kolong highway 222 dan kanan kiri ladang kelapa sawit.. dalam 2.5km macam tu kita akan jumpa restoren Encik Bujang nie.. nama dia je Bujang.. tapi dia dah kahwin dah... anak 12.. hehe.. tak ada la.. tak tau pun anak dia berapa.. hehe

Ketam Masak Sambal.. perghhhh
Kat sini mmg best la, sebab restorennya terapung atas air Sungai Kota Tinggi.. tapi stable la.. walaupun bawahnya cuma tong tong chemical warna biru tu.. mungkin sebab areanya besar.. so tak la beralun sangan bila kita ada kat atas tu.. so yang berfikiran kita akan susah nak makan kalau kita duk atas nie... emmm salah tu beb...

Ni kalau order yang set...
Kat sini, kalau ada sesapa yang teringin makan makanan laut dengan harga yang murah ('murah' kalau compare makanan yang sama dengan beberapa tempat macam Restoren Terapung Kg Pendas, Gelang Patah, dan Restoren Makanan Laut di Senibong)

Kecur tak... hehehe
Menu kat sini pun kira pelbagai jugak la.. siakap 3 rasa, masam manis, masak lemak cili api, kailan goreng, kangkung belacan, siput gonggong, ketam goreng tepung dan macam macam lagi la.. 

Kalau yang minat makan yang pelik pelik, macam belangkas ke, siput gong gong ke, daging kuzi ke.. boleh la try.. jenis masakan, kita yang yang pilih sendiri.. contohnya, kita nak siput gong gong masak lemak, so diaorang akan masakkan untuk kita la..

bab harga mmg murah (bukan kira berpatutan lagi.. mmg murah..) bagi foodhunter macam kami sekeluarga nie.. paling best adalah sedap dan banyak.. haha.. maksud saya, kat sini, diaorang tak lokek bahan masakan dan kuantiti pun boleh tahan banyak... 

kenapa??? kecur ehhh.. ahaha.. saya pun kecur jugak.. hehe

so, sapa yang berkunjung ke Desaru, boleh la singgah kat sini... 

Next posting saya akan ceritakan pulak tentang fenomena malam kalau kat Restoren En Bujang nie... 

Kalau rasa teringin nak jalan ke sini, tetiba sesat la pulak, apa susah susah.. call je kami.. +60127437779 - Shafie




Sunday, 30 November 2014

Aturcara Semasa Mengerjakan Umrah


Salam..

Berikut adalah tentative program semasa mengerjakan umrah. Semoga kita mendapat gambaran aktiviti semasa berada di Tanah Suci. Insyallah

Cara Mengerjakan Umrah

Rukun Umrah

Sebelum itu mari kita pelajari rukun-rukun umrah. Rukun umrah terbahagi kepada 5 iaitu:
  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bercukur atau bergunting
  5. Tertib
Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.
1. Niat
Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
2. Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
Syarat- syarat sah tawaf
- Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.
Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.
3. Sai’e
Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.
Syarat-syarat sah Sai’e:
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
  • Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
Tahallul
Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
Syarat Tahallul
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
Tertib
Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).
Wajib Umrah
  • Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
  • Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
  1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  2. Menjaga larangan ihram.
  3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berangkat

1. Memotong kuku;
2. Mencukur bulu kemaluan & bulu ketiak;
3. Merapikan rambut dan misai


Secara Ringkasnya, berikut adalah cara yang telah diterangkan seperti diatas;

Monday, 22 September 2014

Melancong Ke Desaru : Kota Tinggi Fire Fly (bhgn 1)

Baru baru ini kami sekeluarga sempat ke Desaru atas tujuan kerja. Biasa la.. walaupun atas urusan kerja, tapi biasanya anak anak dan emaknya akan ikut sekali.. iye la kan.. actually kalau pergi sorang sorang memang boring la jugak kan..


Signboard nak masuk highway 222
Selain dapat menghilangkan boring dan mengantuk (orang yang berusia mmg mudah mengantuk bila memandu sorang sorang), dapat jugak diaorang jalan jalan. Kalau duduk kat rumah tak buat apa apa, tak berkembang minda dibuatnya.. kalau dapat jalan jalan sikit, kan bertambah pengalaman, tengok tempat orang. Tapi kalau duduk rumah pun ok jugak, boleh la diaorang berehat.. boleh tengok tv, boleh main tab, boleh main rabbit jugak.. kan..

So, macam biasa la, sekarang nie ada highway exit 222 atau lebih dikenali Highway Senai - Desaru. Sebabnya, highway nie, menghubungkan  Senai ke Desaru. Disamping tu ada exit di Ulu Tiram dan Cahaya Baru (Pasir Gudang). Kalau dulu sebelum ada highway nie, kalau orang Pasir Gudang dan sekitarnya nak ke Desaru, mereka terpaksa melalui Ulu Tiram, Kota Tinggi, Gugusan Felda Air Tawar sebelum sampai ke Desaru. So kalau ikut jalan luar, mungkin mengambil masa 3 jam macam tu. Sekarang ni, kalau ikut Highway Senai Desaru lebih kurang 40 minit dah boleh sampai Desaru. 
 

Pemandangan dari jauh, jambatan yang aku bagi tau tadi

Bayangkan penjimatan yang kita boleh dapat kalau ikut highway nie.. mmg best.. Dalam perjalanan tu kita akan melalui jambatan yang merentasi sungai Kong Kong (bunyi macam King Kong, tapi bukan, macam Hong Kong, pun tapi bukan jugak). Dapat tengok kapal berlabuh sementara menunggu turn nak masuk Pelabuhan Tg Langsat atau ada jugak yang nak tunggu turn masuk Pelabuhan Pasir Gudang.
Ni masa kat atas jambatan

Tak sure either diaorang nie boleh park kapal kat situ atau tak.. tapi apa yang saya tahu, kalau park kat area pelabuhan mmg mahal la pelabuhan charge.. hourly charge.. kalau berlabuh sejam dua tak apa.. kalau seminggu?? emm masak captain kapal nak kena bayar.. so, diaorang nak jimat cost, diaorang park la kapal diaorang kat sana..

Kat highway nie kena hati hati sikit sebab jalan lepas jambatan tu hanya satu lorong ke arah Desaru dan satu lorong ke arah Senai / Pasir Gudang. So aktiviti memotong kereta kereta yang mengkura kura mmg banyak berlaku la.. dan tak kurang pulak yang terlajak atau tak lepas nak memotong, masuk la dalam parit...

Kalau dari Pasir Gudang nak ke Desaru, jambatan nie boleh dikatakan setengah perjalanan la.. so, sempena mengambil berkat setengah jalan nie, kita stop sini dulu, nanti aku sambung lagi... :)