Tuesday, 16 December 2014

Melancong Ke Desaru : Kota Tinggi Fire Fly (bhgn 2)

Salam... (ada orang kata kena sebut As Salam, Assalamualaikum.. dan macam macam la.. niatnya sama.. )

Ok kita sambung balik pengalaman percutian saya dan family ke Desaru Kota Tinggi.. hari tu baru cerita masa kat tengah jambatan yang.. so kita stop masa kat halfway la kiranya.. halfway dari segi perjalanan dan halfway jugak dari saya bercerita.. sapa yang lom baca entry saya yang lepas, leh visit accurate travel web

Signboard En Bujang
Perjalaanan ke Desaru dari Pasir Gudang melalui Senai - Desaru Highway atau Highway Exit 222 mengambil masa kira kira 45 minit je.. tu kalan dalam normal condition la.. bawak dalam 90 - 100kmj.. (bawak family mana boleh laju kan... safety first)

Destinasi Pertama - Makan Kat Bujang Fire Fly Restoran..
Bila kita exit kat Desaru Tol, jalan tak sampai 5 minit, kita akan jumpa satu simpang 4. Kalau terus akan ke Lok Heng dan macam macam lagi felda.. actually jalan nie ada banyak connection ke beberapa tempat jugak.. kalau belok ke kanan akan ke Desaru, Bandar Penawar dll dan kalau kita turn ke kiri, kita akan menuju ke Kota Tinggi dan ofcourse la.. kita akan jumpa banyak gugusan felda.. Air Tawar 1, 2,3,4,5.. Pasak dll..
Makan atas sampan / bot

So, sebab kita nak makan dulu, kita belok kiri dan meneruskan perjalanan dalam 5 minit macam tu.. dan kita akan jumpa signboard Bujang Fire Fly.. Sebelum simpang tu kita akan nampak satu restoren Chamek Kopitiam.. (owner Brand Chamek nie member jugak.. nama penuh dia tak ingat apa tah.. tapi nama glamor dia MR Chodot.. ha.. glamor nama ko Chodot ...)

So, just go straight.. kita akan lalu bawak kolong highway 222 dan kanan kiri ladang kelapa sawit.. dalam 2.5km macam tu kita akan jumpa restoren Encik Bujang nie.. nama dia je Bujang.. tapi dia dah kahwin dah... anak 12.. hehe.. tak ada la.. tak tau pun anak dia berapa.. hehe

Ketam Masak Sambal.. perghhhh
Kat sini mmg best la, sebab restorennya terapung atas air Sungai Kota Tinggi.. tapi stable la.. walaupun bawahnya cuma tong tong chemical warna biru tu.. mungkin sebab areanya besar.. so tak la beralun sangan bila kita ada kat atas tu.. so yang berfikiran kita akan susah nak makan kalau kita duk atas nie... emmm salah tu beb...

Ni kalau order yang set...
Kat sini, kalau ada sesapa yang teringin makan makanan laut dengan harga yang murah ('murah' kalau compare makanan yang sama dengan beberapa tempat macam Restoren Terapung Kg Pendas, Gelang Patah, dan Restoren Makanan Laut di Senibong)

Kecur tak... hehehe
Menu kat sini pun kira pelbagai jugak la.. siakap 3 rasa, masam manis, masak lemak cili api, kailan goreng, kangkung belacan, siput gonggong, ketam goreng tepung dan macam macam lagi la.. 

Kalau yang minat makan yang pelik pelik, macam belangkas ke, siput gong gong ke, daging kuzi ke.. boleh la try.. jenis masakan, kita yang yang pilih sendiri.. contohnya, kita nak siput gong gong masak lemak, so diaorang akan masakkan untuk kita la..

bab harga mmg murah (bukan kira berpatutan lagi.. mmg murah..) bagi foodhunter macam kami sekeluarga nie.. paling best adalah sedap dan banyak.. haha.. maksud saya, kat sini, diaorang tak lokek bahan masakan dan kuantiti pun boleh tahan banyak... 

kenapa??? kecur ehhh.. ahaha.. saya pun kecur jugak.. hehe

so, sapa yang berkunjung ke Desaru, boleh la singgah kat sini... 

Next posting saya akan ceritakan pulak tentang fenomena malam kalau kat Restoren En Bujang nie... 

Kalau rasa teringin nak jalan ke sini, tetiba sesat la pulak, apa susah susah.. call je kami.. +60127437779 - Shafie