Monday, 2 March 2015

Melancong Ke Bandung Indonesia : 3 hari 2 malam yang menyeronokkan.. (Bhgn 6)

Sambungan dari [bahagian 5]

Bandung memang terkenal dengan tempat shoppingnya.. menariknya shopping disini adalah, duit RM lebih besar daripada duit Rp Indonesia.. So, boleh la bershopping sakan.. selain Factory Outlet (FO) serta gedung membeli belah yang padat dengan pelbagai jenis barangan yang membuatkan ramai pelancong Malaysia (terutama sekali akak akak dan makcik makcik ) seperti tudung, beg, telekung dan sejadah, ada satu lagi pusat membeli belah (shopping mall) yang mungkin sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong Malaysia.. Bandung Van Java.. maksudnya? Google kan ada.. jangan nak malas sangat ehh.. copy paste je.. dah dapat jawapannya, nanti emailkan pada saya.. OK? hehe

Ok, selepas makan di Kg Daun, kami telah melepaskan lelah dengan merendamkan air di Sari Ater, yang mana ia adalah salah satu kawasan air panas yang telah dikomersilkan oleh Kerajaan Indonesia.. Sumber pemanas airnya adalah dari lava gunung berapi yang aktif disekitar bandar Bandung...

Destinasi yang seterusnya adalah, Pasar Baru Trade Centre.. Lokasinya adalah dia di Jalan Otto Iskandar Dinata..Masukan dalam google maps, senang je GPS carikan.. tapi gps yang paling baik adalah pemandu pelancong yang membawa kita kemasa saya kita nak pergi di Kota Bandung nie... cakap je nak pegi mana. kan... 
Ok, bagi yang suka shopping barang yang murah kat sini memang tempatnya.. baju, beg, telekung, sejadah, kain sarung, jeans dan macam macam lagi la... semuanya ada kat sini. Tapi, bagi yang kurang selesa dengan kesesakan, saya suggest jangan pergi sini.. sebabnya, tempatnya memang crouded sangat dengan orang dan barang barang yang bertimbun.. senang cakap, nak jalan memang susah sikit la.. lagi lagi yang bawak anak kecil, takut takut anak hilang dalam timbunan baju .. hehe.. 
Kat sini, harga yang ditawarkan memang berpatutan.. tapi awas loh.. ada barang yang ori dan ada barang yang memang tak ori... so, masa beli tu kena hati hati sikit la ehh.. takut terkena barang tiruan... masa kami lalu kawasan nie, kami tak jalan sampai abis la.. sebab sesak sangat... tengok ala kadar je kat sini.. kami beli la beberapa telekung untuk mak mak kami... harga telekung kat sini memang murah gila.. lom tawar harga pun dah murah... tips untuk bershopping kat tempat tempat macam nie adalah tawar menawar pada harga yang paling minimum.. kalau amik bundle, lagi la dia bagi harga special... diaorang akan cakap, jangan bagi tau harga yang diaorang beri pada kedai lain ya.. huhu.. tu je la ayat diaorang... 

Kami sempat singgah minum kat kedai area situ.. ha... kalau nak tau, kat Bandung nie ramai pemuzik jalanan... kalau kita minum, nanti ada la pemuzik yang datang nyanyi.. kalau nak request lagu pun boleh.. nanti bagi la tips sikit.. waduh... peningnya kalau kita bagi mereka tips, alamatnya sampai ke subuh la diaorang nyanyi.. silih berganti penyanyi... diaorang akan panggil gang pemuzik yang lain... sampai kita naik rimas dibuatnya.. suara diaorang boleh tahan jugak la.. iye la kan, hari hari nyanyi benda yang sama kan.. so vocal diaorang mantap la... masa tu diaorang nyanyi lagi Dedali - Disaat Ku Mencintaimu... hehe.. touching beb... ni liriknya...

dedali bandung....
Mengapa kau pergi, 
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,
Menyendiri lagi, 
Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,
Aku inginkan diri mu, 
datang dan temui aku, 
Kan ku katakan padamu, 
aku sangat mencintai dirimu, 
Aku inginkan diri mu, 
datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, 
aku sangat mencinta…….
Menyendiri lagi, 
Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Amacam, touching tak... ? so, secara tak rasminya, kami amik lagu nie, sebagai lagu tema date kami di Bandung.. huhu..

Mana nak dapat sink macam nie kat Malaysia...
Diam tak diam, dah maghrib dah pun.. perut pun dah lapar gila.. makan malam kami adalah di Restoran Sangkurian.. restoren nie best sebab.. (dengan menggunakan 180 patah perkataan bla bla...) sebabnya, persekitaran yang tradisional.. selain makanan yang disajikan juga menarik... sapa sapa yang datang Bandung, kami rekomen anda datang sini... makan berdua malam tu kami tak habis RM60...dengan menu yang memang best... 

Hari nie memang memenatkan tapi seronok. Mana tak penat, kalau tidak masakan banyak tulisan yang salah ejaan.. hehe.. tapi memang best melawat Bandung nie.. 

Jam sudah menunjukan 9pm (WIB).. seperti yang saya beritahu di awal tadi, destinasi kita seterusnya adalah Bandung van Java... kalau kat Malaysia nie kira macam Alamanda Putrajaya la.. atau City Sq kat jb tu ha... kat sini banyak jual barangan kulit.. sapa minat barang kulit, leh la singgah sini sejam dua, beli barang hadiah untuk isteri tersayang.. 



 Ok, masa untuk tido.. next post adalah hari ketiga kami berada di Bandung.. last day kami.. sebelum berangkat balik ke Malaysia... berkisar tentang beli belah (lagi... ) makanan atau kek yang femes sangat kat Bandung nie.. (yang kata femes tu orang pempuan la.. orang laki ikut je.. hahaha). 

Tengok aje photo tu kan... tau dah kenyang atau tak... argekkkk

Bersambung ke [bahagian 7]