Sambungan dari [bahagian 4]
Petang tu, saya cakap dengan driver, tak perlu ambil malam nie, sebab tak larat.. haha.. biasa la kan.. masalah orang yang bersaiz xxl nie.. sakit lutut la, sakit tapak kaki la.. so, bila siang jalan lebih sikit, mula la semua sendi sendi sakit... rasanya kalau berjalan lagi malam nie, confirm, esok pagi kena cari tukang urut berdaftar untuk urut kaki kitaorang nie..
Time macam nie, kalau dalam bidang pelancongan, dipanggil Free and easy.. atau dalam bahasa minang, di panggil acara bebas.. hehe.. tujuannya nak bagi pelancong rileks.. dan santai.. kalau ikut pengalaman saya la kan, kalau ibu bapa yang bawak anak anak jalan, selalunya mereka tak abiskan ikut schedule. Kalau yang muda muda nie, ngan yang jalan tak bawak anak, memang tak larat driver dan tourist guide dibuatnya.. ada sekali dulu, tak ingat masa melancong kemana, tourist guide tu sampai terlelap lelap dibuatnya, melayankan kerenah tourist..
Malam tu lepas mandi, kami pergi ke tempat makan. Kalau ikut suggestion dari member member yang dah pernah sampai ke Kuching nie, ada dua tempat yang agak popular la.. pertama adalah RJ Ayam Penyet & Kopitiam dan yang kedua, Top Spot Food Court..
Actually, ada banyak tempat makan kat sini, just pilih je.. yang penting, kalau kita g tempat orang, kita kena rasa makanan tempatan.. baru la Sarawak katanya kan..
Kat RJ nie, masakan yang orang selalu order adalah ayam penyet biasa dan ikan penyet.. apa yang best kat sini, kepantasan mereka menghantar menu yang kita order.. rasanya duduk tak sampai 5 minit, makanan dah sampai, walaupun masa tu orang memang penuh la.. dah nama pun tempat popular.. hehe
Kat Sarawak, kalau kita perhatikan, diaorang kalau buat sup, colornya hitam!!! haah memang betul pun.. colornya hitam.. kalau ikut rasa, diaorang campurkan dengan sos soya (kicap soya) bagi colornya jadi macam tu.. tapi, lom sempat tanya lagi ngan makcik yang masak sup tu.. kot kebetulan masa dia masak tu hangus ke kan, sekali kita pulak gatal mulut tanya, apasal sup color hitam, mau hitam pipi dek kena pelempang ngan belakang periuk.. hahaha
Makanan kat MJ ni saya bagi 4* kejora.. daripada 5 bintang... kalau datang Kuching, boleh datang sini.. kalau jalan kaki dari Grand Margherita nie lebih kurang 45 minit macam tu la.. mungkin kalau tak sakit kaki, 2 minit dah sampai hahahaha.. punya la ekk
Sebab diaorang antar makan cepat sangat dan kami nampak beberapa orang yang sedang menunggu nak duduk, kami pun cepat cepat chau dari situ.. bagi laluan pada orang yang dah lapar.. kita yang dah kenyang nie kira settle la..
Dalam perjalanan balik tu, ada beberapa arca berbentuk tulisan LOVE.. so, sapa sapa nak letak mangga, dan kuncikan kat arca tu sangat digalakkan.. tapi tak tau ekk mana nak beli mangga.. mungkin masa kami lalu tu waktu malam kan, so tak ada la kedai jual mangga yang bukak... kalau siang, mungkin ramai kot yang jual mangga.. atau mangga kena bawak sendiri dari Johor. Sori, kurang pasti.. dan sebab susah nak cari mangga, so tak ramai la yang letak mangga kat perkataan tu.. hehe
Ni cadangan je la.. kalau kat sebelum perkataan tu ada satu stall yang menjual pelbagai bentuk mangga, ianya suatu perniagaan yang mempunyai prospek yang menguntungkan.. ekk..
(Saya nak salahkan orang MJ yang bagi makanan tu cepat sekali lagi). Sebab diaorang bagi makanan cepat sangat, kami pun mempunyai masa yang agak panjang lagi untuk jalan jalan.. dan kami pun ambil keputusan untuk menyeberang Sungai Sarawak. Beberapa hari ni, just nampak ada dua tempat makan kat seberang sungai, tapi tak tau apa apa kat sana sebenarnya..
So, untuk menyeberang, kita diberi dua pilihan.. pertama kita boleh berenang menyeberangi sungai tersebut dan yang kedua, ada perkhidmatan sampan / boat yang kita boleh gunakan.. biasanya pilihan pertama tu yang ada yang nak guna pun.. (acah acah best la tu... hehe). Perkhidmatan penambang (kalau ikut orang Pagoh) yang terdapat di sini beroperasi dari jam 6 pagi hingga 11 malam. Tapi pakcik boat /boatman tu cakap, selagi ada pelangga, dia sedia berkhidmat.. Tambangnya pun murah je.. memang mampu la semua rakyat Malaysia.. dan GST FREE ok..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 minit macam tu.. kejap je.. lom sempat menguap dah sampai.. Orang yang paling suka bila naik boat penambang nie adalah anak anak la.. iye la kan.. mereka mana la pernah naik boat macam nie.. (bukan je anak anak tak pernah naik, maknya pun sama huhu)
Dari jauh memang nampak meriah kat seberang sana tu.. bila sampai jeti, nampak masing masing menjinjing kotak.. besar besar tu kotaknya.. apa yang diaorang bawak? Misteri nie.. sebab ramai sangat yang bawak kotak yang seumpamanya...