Friday, 27 April 2018

Perkhidmatan Sewa Kereta


Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan MPV untuk kegunaan anda melancong di sekitar Johor Baharu. Antara kereta yang kami sediakan adalah;


Jenis Kenderaan 
  • Hyundai Starex - 11 tempat duduk termasuk tempat duduk pemandu
  • Proton Exora - 8 tempat duduk termasuk tempat duduk pemandu
  • Perodua Alza - 6 tempat duduk termasuk tempat duduk pemandu
  • Proton Ertiga - 6 tempat duduk termasuk tempat duduk pemandu
  • Proton Waja - 5 tempat duduk termasuk tempat duduk pemandu
  • Proton Pesona - 5 tempat duduk termasuk tempat duduk pemandu
  • Proton Iris - 5 tempat duduk termasuk tempat duduk pemandu
  • Perodua Myvi - 5 tempat duduk termasuk tempat duduk pemandu
  • Perodua Axia - 5 tempat duduk termasuk tempat duduk pemandu
  • Perodua Viva - 4 tempat duduk termasuk tempat duduk pemandu
Harga 
  • Hyundai Starex 2.5AT RM450 sehari
  • Proton Exora - 1.6AT RM280 sehari
  • Perodua Alza - 1.5AT RM200 sehari
  • Proton Ertiga - 1.3AT RM200 sehari
  • Proton Waja - 1.6AT RM150 sehari
  • Proton Pesona - 1.6AT RM150 sehari
  • Proton Iris - 1.3AT RM150 sehari
  • Perodua Myvi - 1.5AT RM150 sehari
  • Perodua Axia - 1.0AT RM110 sehari
  • Perodua Viva - 1.0AT RM110 sehari
Untuk keterangan lanjut. sila hubungi customer service representative kami. 

Kebaikan Bercuti Bersama Famili



Pada zaman yang moden ini, ibu bapa sangat sibuk dengan pekerjaan mereka lalu tidak ada masa untuk meluangkan masa dengan keluarga mereka terutamanya dengan anak-anak mereka.Disebabkan sesetengah ibu bapa yang sibuk ini juga, anak-anak mereka tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi dan ini mendorong anak-anak mereka mencari kasih sayang di dunia luar. Kadang-kadang , anak-anak akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti merokok,mencuri serta mengambil bahagian dalam perlumbaa haram.Oleh itu,percutian bersama keluarga perlulah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun agar sedikit masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga tersayang. Terdapat pelbagai kebaikan percutian sebegini.

Antara kebaikan percutian seumpama ini adalah ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesame ahli keluarga. Semasa percutian,ibu bapa dan anak-anak dapat memahami diantara satu sama lain.Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan.Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh.

Selain itu,semasa percutian keluarga juga, ahli-ahli keluarga dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan ditempat bekerja dan sekolah.Ibu bapa juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi bersama anak-anak mereka mengenai keadaan mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh menanyakan tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Percutian keluarga ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak bolehlah lebih memahami diantara satu sama lain semasa meluangkan masa bersama. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa percutian keluarga seperti berkayak,berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana yang aman,gembira dan selesa sesame ahli keluarga. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka.

Kesimpulannya, setiap keluarga haruslah mengadakan percutian bersama kelurga setiap tahun dan percutian sebegini haruslah diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Hal ini secara tidak langsung akan menwujudkan keluarga yang harmoni serta bahagia. Percutian keluarga juga mampu meningkatkan pendapatan Negara terutamanya dalam industri pelancongan. Oleh itu ibu bapa haruslah bertindak giat untuk mengadakan percutian keluarga untuk melahirkan keluarga tersayang. Ibu bapa merupakan tiang utama dalam sesuatu institusi kekeluargaan.


Memilih Travel Agen Terbaik



Ada sesetengah orang yang sukakan percutian mudah dan tidak memeningkan kepala. Sebab itulah mereka memilih untuk bercuti dengan perancangan yang ditetapkan oleh agensi pelancongan. Biasanya percutian begini dipilih apabila melibatkan percutian syarikat atau keluarga secara besar-besaran. Entri kali ini memberi enam panduan memilih agensi pelancongan yang betul. Ayuh, berlibur!

*Buatlah kajian perbandingan harga pakej percutian yang ditawarkan. Biasanya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih. Jangan mengejar yang termurah kerana dikhuatiri iagagal memenuhi kehendak anda. selaraskan bajet dengan pakej yang mahu dipilih.

*Bagi mengelakkan anda daripada tertipu dan sebagainya, anda harus memastikan latar belakang agensi pilihan. Pastikan lesen dan permit syarikatnya sah.

*Walaupun semua urusan pengangkutan diuruskan oleh agensi, anda harus mengambil tahu tentang syarikat penerbangan serta jenis perjalanan yang disediakan oleh agensi anda.  Kadang-kadang ada sesetengah syarikat penerbangan akan mengenakan kos-kos tambahan yang tidak relevan atau ia ditambah secara ‘sembunyi’ oleh agensi anda.

*Ambil tahu tentang lokasi penginapan anda ketika bercuti.

*Kenal pasti cara bayaran yang dibuat sama ada menggunakan wang tunai, kad kredit, bayaran atas talian, dan sebagainya.

*Sebelum membuat sebarang bayaran kepada agensi pelancongan, pastikan tiada sebarang caj tambahan yang dikenakan. Ini adalah cara paling mudah bagi agensi pelancongan untuk menuntut bayaran lebih daripada anda.

Panduan Penting Sebelum Bercuti



Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong mahupun pergi bercuti, anda perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.

Perancangan kewangan yang rapi dan teliti sangat penting bagi mengelakkan kekusutan fikiran setelah pulang bercuti. Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk melancong atau bercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara.

Menabung
Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.

Pakej promosi
Apabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.

Perancangan percutian
Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda.

Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.

Bajet semasa bercuti
Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.

Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.

Tempahan awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.

Bercuti bersama anak-anak
Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.

Peta
Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.

Pengangkutan
Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.

Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.

Sarapan percuma
Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda.

Ole-ole/ buah tangan
Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.

Dana Kecemasan
Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.

Penggunaan wang tunai
Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.

Permohonan Visa Australia



Permohonan visa masuk ke Australia. Bagi raykat Malaysia yang ingin melancong ke Australia, mereka hendaklah memohan dan mendapatkan visa masuk ke sana. 

Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti dibawah ini;

  • Salinan passport
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan tiket penerbangan pergi dan balik
  • Salinan tempahan bilik
Tempoh permohonan adalah antara 1 hingga 3 hari bekerja dari tarikh permohonan. Dokumen yang diperlukan oleh kerajaan Australia adalah passport sahaja, tetapi kami memerlukan 3 lagi dokumen lain iaitu kad pengenalan, tiket penerbangan dan tempahan bilik kerana terdapat banyak kes yang ditolak oleh kerajaan Australia disebabkan tiket penerbangan yang kadangkala hanya sehala dan tempahan bilik tidak dibuat. 

Setelah permohonan diluluskan, kerajaan Australia akan berhubung dengan pengendali kapal terbang contohnya Airasia, dan memaklumkan kepada mereka yang visa anda telah diluluskan 

Kadar caj bagi permohonan visa Australia adalah RM35. Harga mungkin berubah mengikut keperluan. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan visa ke Australia, sila berhubung pegawai khidmat pelanggan kami dengan menghubungi kami

Thursday, 26 April 2018

Pakej Percutian 4H3M Ke Sydney dan Melbourne Australia


Hari Pertama- Singapore - Sydney
Berkumpul di Changi International Airport untuk ke Sydney Australia

Hari Kedua - Sydney City Tour
Tiba di Sydney International Airport. Meneruskan acara iaitu City Tour Sydney. Melawat tempat tempat yang sering di kunjungi pelancong sekiranya mereka datang ke Sydney seperti Sydney Opera House, Harbour Bridge, Darling Harbour, the Rocks KingCross,China Town,Mrs Macquarie's Chair dan banyak lagi. Sudah tentunya anda akan terpegun dengan keindahan yang terdapat di Sydney. 

Perjalanan diteruskan dengan melawat Sydney Fish Market, yang mana ia merupakan pasar makanan laut kedua terbesar didunia selain yang berada di Jepun. Anda boleh mencuba pelbagai hidangan makanan laut dengan kos pembiayaan sendiri untuk merasai keenakan dan kesegaran makanan laut tempatan.

Anda pernah mendengar mengenai Captain Cook? Perjalanan diteruskan untuk menaiki Captain Cook Cruise untuk menjelajahi keindahan persekitaran Sydney Harbour. Selepas itu, anda akan dibawa melawat kedai cenderahati Paddy's, untuk membeli ole ole Sydney. 

Setelah selesai makan malam dan penat seharian berjalan, kita akan terus mendaftar masuk hotel untuk berehat. Acara bebas

Hari Ketiga - Blue Mountain - Leura Village
Selepas sarapan pagi, kami akan bawa anda ke Scenic World dengan berbekalkan unlimited Discovery Pass dengan pengalaman yang luar biasa sambil menaiki Scenic Skyway, Scenic Cableway dan Scenic Walkway sambil menikmati pemandangan Blue Mountain. Blue Mountain menerima jolokan itu kerana kawasan pergunungan tersebut sentiasa diliputi dengan warna biru dan warna biru tersebut dihaslilkan dari gas Terpenoid yang dilepaskan oleh pokok Ekaliptus yang banyak tumbuh dikawasan pergunungan tersebut. 

Hari Keempat - Sydney - Melbourne 

Hot Pakej

Pakej Percutian ke Singapore Musim Cuti Sekolah 2018


Kami memang sentiasa mengadakan promosi secara berkala terutama sekali pada cuti sekolah. Sekurang kurangnya anda family anda boleh merancang perjalanan percutian anda lebih awal. Kalau dah planning awal, so ada la masa simpan duit untuk beli itu ini masa jalan jalan nanti. 

Cuti sekolah Pertama adalah dari June 8, 2018 hingga June 24, 2018



Pakej 1 : Pakej Percutian Sehari Ke Singapore - Night Safari Singapore

Bertolak daripada Johor Baharu kira kira jam 12 tengahari. Kalau belum lunch, kami bawa anda menikmati hidangan Bangsa Johor di Selera Johor. Antara menu yang ada di situ adalah seperti Murtabak, Nasi Ayam, Nasi Ambeng, Kacang Pool, Mee Rebus Stulang, Laksa Johor dan macam macam lagi la.. Confirm kenyang dan puas hati makan di sini.Lepas perut kenyang, terus je ke Singapore. Actually Night Safari, Singapore Zoo dan River Safari ni satu tempat je. Kalau dari Woodlands tu, lebih kurang 10 minit perjalanan  Kalau jalan tak jamm, dalam jam 2 petang dah boleh sampai di Singapore Zoo. Tapi kita tak terus ke sana, sebab Night Safari bukak dalam jam 1915 malam. So kita jalan jalan dan ambil gambar dulu di Merlion Park. Berlatarbelakangkan Marina Bay Sand, Floating Arena, Felix Bridge, Explanade Singapore dan Eye Of Singapore. Lepas tu, kita jalan ke Garden By The Bay dan Arab Street. Ok, bagi yang muslim, boleh la solat di Masjid Sultan sambil jalan jalan di kawasan Arab Street. Anara tempat yang anda boleh lawati adalah Malay Heritage disamping menikmati keindahan bangunan silam dan membeli belah barangan cenderahati di sekitar Arab Street. Dan... baru la kita menuju ke Night Safari. Saya tak nak cerita lebih lebih tentang night safari nie. Nanti tak suspend. Kalau rajin, boleh cari dalam entry posting saya pasal Night Safari. Yang lainnya, kita tunggu nanti. Kalau anda larat, kami pickup anda semula pada jam 12 malam. Tapi biasanya dalam jam 10 malam macam tu kami dah dapat call dari anda untuk pickup semula dan balik ke JB.

Harga Seorang
Dewasa RM300
Kanak kanak RM250

Harga termasuk
Pengangkutan sepanjang lawatan, driver, autopass, ERP, toll
Tiket masuk ke Singapore Zoo (dengan tram), Tiket masuk ke Night Safari

Harga tidak termasuk
Makan, tempat tinggal, perbelajaan peribadi

Minimum to go
6 orang**

Add On (Option)
Penginapan di homestay RM280 per homestay
(Max 10 pax dalam satu homestay, tanpa sarapan pagi, Sesuai untuk keluarga 3 hingga 10 orang ..nak duduk berdua pun ok.. )

Penginapan di hotel RM130 per bilik
(Twin share, tanpa sarapan pagi, sesuai untuk 1 hingga 2 orang satu bilik, kalau ramai ramai pun nak duduk hotel pun boleh.. tak ada masalah..)

* Bagi yang memilih hari Jumaat untuk bercuti, Pondok Santapan tidak di buka pada hari tersebut dan kami akan bawa anda ke tempat makan lain yang bersesuaian..

** Harga yang tertera adalah sesuai untuk 6 orang, sekiranya kumpulan anda kurang atau lebih dari 6 orang, anda boleh mendapatkan harga yang lain dari kami, yang lebih sesuai dengan group anda.

Tips bercuti

 


Berikut adalah beberapa tips untuk bercuti dalam negara yang boleh membantu anda merancang percutian yang menyeronokkan dan memuaskan:

  1. Rancang Awal: Buat perancangan awal termasuk tarikh perjalanan, tempat penginapan, dan aktiviti yang ingin dilakukan. Ini akan membantu anda mendapatkan harga yang lebih baik dan memastikan tempat-tempat yang popular tidak penuh.

  2. Pilih Destinasi Berdasarkan Minat: Pilih destinasi yang sesuai dengan minat anda, sama ada pantai, gunung, sejarah, budaya, atau makanan. Ini akan memastikan anda menikmati pengalaman percutian sepenuhnya.

  3. Kaji Cuaca: Periksa ramalan cuaca untuk destinasi anda. Ini akan membantu anda membawa pakaian yang sesuai dan merancang aktiviti dengan lebih baik.

  4. Tempat Penginapan: Pilih tempat penginapan yang selesa dan strategik. Pastikan lokasi penginapan memudahkan akses ke tempat-tempat yang ingin dilawati.

  5. Transportasi: Pertimbangkan cara anda akan bergerak di destinasi. Sama ada menyewa kereta, menggunakan pengangkutan awam, atau menggunakan perkhidmatan ride-sharing, pastikan anda merancang pengangkutan dengan baik.

  6. Makanan dan Minuman: Cuba makanan tempatan dan cari restoran yang disarankan. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi dan menjaga kesihatan anda semasa bercuti.

  7. Aktiviti: Buat senarai aktiviti yang ingin dilakukan dan tempah tiket jika perlu. Ini termasuk lawatan ke tempat menarik, aktiviti luar, dan acara tempatan.

  8. Dokumen dan Keselamatan: Pastikan anda membawa dokumen penting seperti kad pengenalan, pasport (jika diperlukan), dan kad kredit. Selalu amalkan langkah-langkah keselamatan dan simpan barang berharga di tempat yang selamat.

  9. Kewangan: Tetapkan bajet dan pastikan anda membawa wang tunai yang mencukupi serta kad kredit/debit. Pertimbangkan untuk menggunakan aplikasi perbelanjaan untuk memantau perbelanjaan anda.

  10. Cuba Pengalaman Baru: Ambil kesempatan untuk mencuba perkara baru seperti aktiviti luar yang unik atau budaya tempatan yang anda tidak pernah alami sebelum ini.

  11. Kongsi dan Simpan Kenangan: Ambil banyak gambar dan rakam video untuk kenangan. Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda dengan rakan-rakan dan keluarga.

  12. Bersantai dan Nikmati: Akhir sekali, jangan lupa untuk bersantai dan menikmati setiap momen percutian anda. Jangan terlalu tertekan dengan jadual; ambil masa untuk berehat dan menikmati pengalaman.

Dengan perancangan yang baik, percutian dalam negara boleh menjadi pengalaman yang sangat memuaskan dan menyeronokkan!

Wednesday, 25 April 2018

Tentang Kami


travelicious.com.my merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA)

Secara tidak rasmi, syarikat telah ditubuhkan pada tahun 2008 dimana kami telah mengendalikan pelancong dari pelbagai negara termasuk pelancong domestik melawat ke tempat tempat menarik yang ada diMalaysia. Ini termasuklah pelancong dari Singapore, Indonesia, Vietnam, Brunei, Qatar, UAE dan New Zeland. 

Visi kami adalah menyediakan perkhidmatan pelancongan yang dapat memberi kepuasan kepada pelanggan lalu kami mengorak langkah dengan mendaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang mana ia merupakan syarat utama untuk menjadi agen pelancongan yang diiktiraf oleh kementerian, seterusnya menyediakan perkhidmatan seperti sewaan bas persiaran, sewaan van persiaran, sewaan kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk pandu sendiri, kereta sewa, homestay, bilik hotel, pakej dalam dan luar negara, permohonan visa ke luar negara seperti China dan Australia, tempahan tiket penerbangan dan sebagainya.

Pelanggan yang dihormati, anda boleh menghubungi kami sama ada secara walkin, telefon, fax, sms, email mahupun applikasi whatsapp. Berikut adalah saluran yang anda boleh gunakan;

Walk In
travelicious.com.my | No 3A01 Jalan Jambu 2 | Taman Kota Masai | Pasir Gudang | 81700 | Johor | Malaysia

SMS / Phone / Whatsapp
+60105375979

Email 
inquiry.travelicious@gmail.com

Pakej Umrah 10H9M Afdal Umrah

Travel Log : Ho Chi Minh

Pakej Percutian 3H2M Pulau Tioman Malaysia

Pakej Percutian 10H9M Istanbul Turki

Pakej Percutian 3H2M Ho Chi Minh Vietnam

Pakej Percutian 3H2M Cameron Highland