Pada zaman yang moden
ini, ibu bapa sangat sibuk dengan pekerjaan mereka lalu tidak ada masa untuk
meluangkan masa dengan keluarga mereka terutamanya dengan anak-anak
mereka.Disebabkan sesetengah ibu bapa yang sibuk ini juga, anak-anak mereka
tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi dan ini mendorong anak-anak mereka
mencari kasih sayang di dunia luar. Kadang-kadang , anak-anak akan terjebak
dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti merokok,mencuri serta
mengambil bahagian dalam perlumbaa haram.Oleh itu,percutian bersama keluarga
perlulah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun agar sedikit masa
yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga tersayang. Terdapat pelbagai
kebaikan percutian sebegini.
Antara kebaikan percutian seumpama ini adalah ia dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan sesame ahli keluarga. Semasa percutian,ibu
bapa dan anak-anak dapat memahami diantara satu sama lain.Masa percutian ini
juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang
mengenai masalah keluarga berkenaan.Hal ini secara tidak langsung akan
menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh.
Selain itu,semasa percutian keluarga juga, ahli-ahli keluarga
dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan
ditempat bekerja dan sekolah.Ibu bapa juga haruslah mengambil kesempatan ini
untuk berinteraksi bersama anak-anak mereka mengenai keadaan mereka di sekolah.
Ibu bapa juga boleh menanyakan tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka
di sekolah.
Percutian keluarga ini juga mampu mengeratkan hubungan
silaturahim di kalangan ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak
bolehlah lebih memahami diantara satu sama lain semasa meluangkan masa bersama.
Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa percutian keluarga seperti
berkayak,berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana yang
aman,gembira dan selesa sesame ahli keluarga. Dengan ini, anak-anak serta ibu
bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga
mereka.
Kesimpulannya, setiap keluarga haruslah mengadakan percutian
bersama kelurga setiap tahun dan percutian sebegini haruslah diteruskan
pada tahun-tahun akan datang. Hal ini secara tidak langsung akan menwujudkan
keluarga yang harmoni serta bahagia. Percutian keluarga juga mampu meningkatkan
pendapatan Negara terutamanya dalam industri pelancongan. Oleh itu ibu bapa
haruslah bertindak giat untuk mengadakan percutian keluarga untuk melahirkan
keluarga tersayang. Ibu bapa merupakan tiang utama dalam sesuatu institusi
kekeluargaan.