Salam... baru baru nie, saya dah wife berkesempatan untuk sama sama dating berdua di Bandung, Indonesia.. Kali ini, kami berdua je.. anak anak semua kami tinggal kat kampung bersama keluarga mentua.. sebenarnya ni adalah kali pertama kami tinggalkan anak anak dengan keluarga di kampung.. sedih gila masa tu sebab selama nie kalau jalan mana mana pun, sure anak anak akan ikut.. tapi kali nie, kami decide untuk pergi berdua je.. kononnya nak honeymoon la kan.. hehe
Kami mengambil penerbangan dari KLIA terus ke Bandung.. Actually sekarang terdapat banyak syarikat penerbangan telah menyediakan perkhidmatan ke Bandung.. Terutama sekali, AirAsia.. Bukan saja dari KLIA, tapi sekarang terdapat juga penerbangan terus dari Senai juga..
Iye la kan.. AiraAsia kan sekalu buat promotion kan.. silap silap hari bulan, kita akan dapat tambang yang special.. mungkin bawah RM50 untuk sehala dan kalau lagi bertuah, dapat RM50 untuk tambang pergi dan balik.. sapa tak nak.. tapi kebanyakannya, tambang murah macam nie, memang dari KLIA la.. kalau dari lapangan terbang lain memang susah sikit la..
Sebelum pergi ke sana, kami telah membuat tempahan dengan Travel Agen di Malaysia untuk menguruskan penginapan, transport kami semasa berada disana.. Takkan nak gunakan travel agen orang lain kan, mesti la kami gunakan travel agen kami sendiri.. Acurate Travel Sdn Bhd.. Sampai di Bandung, mereka telah menunggu kami di airport.. dan kami terus ke hotel..
Sebenarnya banyak pilihan pakej untuk kita kami kalau nak ke Bandung nie.. tengok poket sendiri, dah pilih la pakej yang kita rasa sesuai.. Banyak syarikat travel menawarkan pakej yang murah.. serendah RM290 seorang.. tapi biasanya pakej macam nie, kita kena baca betul betul term and conditionnya.. kalau murah tu mesti ada sebabnya.. mungkin minimum mestilah 6 orang, atau mereka tidak menyediakan makanan sekali, atau hotel jauh dari tempat shopping atau mungkin hotel just hotel budget. Senang kata, zaman sekarang nie, kita boleh berpegang dengan konsep value for money.. maksudnya, kita akan dapat nilai dengan apa yang kita bayar.. kalau bayar RM290, dapat la nilai RM290, kalau bayar RM500 dapat la nilai RM500 dan seterusnya...
Masa tu kami duduk dihotel Jalan Dr Otten.. Satu rumah banglow, tapi diaorang dah modify untuk jadikan hotel.. very nice.. ada mini taman, ada air pancuran sikit .. ada pokok pokok dalam villa tu.. memang very nice..
Ok.. next entry, saya akan ceritakan panjang lebar mengenai hari pertama kami di sana..
[ Klik Ke Bahagian II ]
[ Klik Ke Bahagian II ]