Saturday, 28 February 2015

Melancong Ke Bandung Indonesia : 3 hari 2 malam yang menyeronokkan.. (Bhgn 5)

Sabungan dari [Bahagian 4] 

Ok.. setelah penat berlakon sebagai pemetik buah strawberi, perut pun mula bernyanyi nyanyian popular Indonesia - Dangdut.. so destinasi kita seterusnya adalah Kg Daun. Kalau kita google Kg Daun nie, memang banyak sekali posting daripada mereka yang pernah berkunjung ke sini.. 

Kalau berani mandi...
Apa istimewanya Kg Daun nie sehingga menjadi sebutan orang orang di Malaysia.. emmm.. sebenarnya banyak yang istimewa.. Selain lokasinya yang besebelahan dengan anak sungai.. kalau kat Malaysia, kita panggil jeram la.. sambil makan sambil dengar air mengalir .. bukan tu je.. ianya juga terletak agak kedalam sedikit dari tempat tumpuan orang.. so suasanya memang tenang je la.. Selain dari itu, makanannya memang sedap la.. harga pun berpatutan.. Value for money yang kita bayar.



Kg Daun...
Kota Bandung dan kawasan sekitarnya adalah tempat kawasan pergunungan.. so angin yang bertiup memang nyaman dan menenangkan..

Hidangan kat sini dan beberapa tempat makan yang lain, hidangan yang wajib adalah ikan gurame.. lebih kurang ikan talapia la kalau kat sini .. gurame goreng, gurame terbang, gurame masak berlado dan macam macam lagi la.. so kalau dah datang tempat orang, kena la rasa hidangan wajib nie.. masa kat Malaysia, ikan talapia mmg la tak makan.. hehe

(tempatnya menarik.. tapi tak banyak pulak nak cerita pasal tempat nie ekkk..) 

Dah puas makan ikan bagai, kami kedestinasi seterusnya iaitu Sari Ater (tempat mandi mandi dari air panas). Di sini adalah salah satu tempat tumpuan bukan saja pelancong, tetapi orang tempatan jugak.. so, masa kami datang tu, memang ramai la cewek cewek dan cowok Bandung datang berlibur.. 

Mana nak cari tempat best macam nie...
Tempatnya agak luas dengan dibahagikan beberapa bahagian.. antaranya tempat mandi awam, untuk kanak kanak, serta tempat mandi ala ala air terjun Kota Tinggi, Johor.. airnya memang panas alami (original).. rasanya kalau berendam kat sini sejam, mau masak satu badan... hehe

Kami tak habiskan banyak masa di sini sebab rushing nak ke tempat lain.. actually jalan jalan nie penat beb.. kitaorang berdua nie kalau jalan sikit memang cepat penat la.. maklum aje la kan.. XXL.. so kalau jalan kat tempat yang luas macam Sari Ater nie, mula la sakit tumit la.. sakit lutut la... nak nak pulak baru lepas makan kan... aduhai...

Dari bahagian 6.












Sunday, 22 February 2015

Melancong Ke Bandung Indonesia : 3 hari 2 malam yang menyeronokkan.. (Bhgn 4)

sambungan dari bahagian 3

Ok setelah puas hidung kembang saya menghirup udara panas dingin di puncak Tankuban Perahu, diselangi dengan bau belerang yang memang menyusuk hidung, kita akan menuju destinasi seterusnya, iaitu ke Kebun Strawberi. Sebenarnya, dikawasan ini terdapat beberapa kebun yang menanam strawberi. Ada yang membenarkan kunjungan dari pelancong atau pengunjung, ada jugak yang memang just buat untuk tujuan pengeluaran hasil pertanian..

Ok, kat Cameron Highland memang ada kebun strawberi jugak.. Betul.. tapi, disini agak berbeza sedikit cara penanamannya.. Saya kurang pasti kenapa.. apa yang ketara adalah perbezaan dari segi jenis tanahnya. Di Bandung, tanahnya adalah jenis tanah gambut (color hitam), mungkin jugak kalau ikut sejarah, tanah ini bukanlah tanah gambut seperti yang ada di Malaysia, tapi ia adalah tanah dari limpahan gunung berapi (lava) yang terjadi pada masa lalu.. dan di Cameron, tanahnya adalah jenis tanah bukit yang berwarna jingga..

Di kebun strawberi nie, pegunjung boleh beli strawberi yang diaorang dah petik atau boleh jugak merasa sendiri buah strawberi yang dipetik oleh tangan sendiri.. rasanya sama je.. masam.. ada orang kata, strawberi Cameron manis.. hehehe.. actually, strawberi rasanya memang macam tu la.. masam.. tak kira ditanam kat mana.. Tak caya? So far, saya belum pernah lagi jumpa strawberi rasanya manis .. kalau yang dah dibuat halwa tu mungkin la.. tapi kalau yang fresh, emmm masam la rasanya..

Ok, bagi pengunjung yang petik sendiri dan beli strawberi tersebut, harga yang dikenakan adalah agak tinggi berbanding strawberi yang diaorang dah sedia petik.. tak logik jugak kan.. dah la kita tolong petik, dia caj lebih pulak kan.. menurut orang yang jaga kebun tu, Mbak Nelly (nama macam pelakon senitron), kononnya, yang kita petik sendiri tu fresh.. katanyaa...

Kat sini, 90% tanamannya adalah strawberi.. ada jugak tanam dengan pokok lain, antaranya pokok ceri.. haah.. buah ceri yang selalu letak kat atas kek tu.. tu pun dia tanam disini.. tapi yang tu tak boleh petik la...

Kat sini, kami ada beli beberapa biji buah strawberi untuk dimakan masa kat hotel nanti.. tak sabar nak makan buah strawberi masam nie.. hihi

Destinasi seterusnya adalah lunch di Kampung Daun... Sebenarnya sepanjang perjalanan dari Tangkuban Perahu ke Kebun Strawberi dan ke Kampung Daun nie, banyak gerai buah buahan yang menjual buah buahan tempatan.. antaranya alpukat / avokado.. kalau orang yang gemar membeli buah ini di Malaysia, di sini adalah tempat untuk memborong buah ini.. sebab harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga jualan di Giant, Tesco, Ekonsave apatah lagi di Jusco Aeon.. so, dah sampai kat sini, orang rumah beli la jugak beberapa biji untuk menjamah.. beli banyak banyak

ok.. stop sini dulu.. kalau tulis sampai habis nanti boring pulan nak baca kan.. next posting saya akan ceritakan mengenai keindahan makan di Kg Daun serta mandi manda di Sari Ater si kolam air panas... best wooo....

Wednesday, 11 February 2015

Melancong Ke Bandung Indonesia : 3 hari 2 malam yang menyeronokkan.. (Bhgn 3)

sambungan dari [bahagian 2]

Ni la Ottenville..
Malam tadi mmg ngantuk gila.. balik dari makan terus bam bam (kata Nabil).. satu kelebihan bila pegi Bandung nie, udaranya mmg nyaman je kan.. Actually kalau ikut georafi (masa belajo kat tingkatan 3 dulu..) Bandung nie adalah kawasan tanah tinggi... lepas tu, kanan kiri semua gunung ganang.. sebab tu la udaranya sejuk je.. tapi tak la sejuk sampai tahap beku.. kalau kita ambil bilik, pastikan sebelum booking, tanya ada water heater atau tak.. kalau tak.. memang kejung la kesejukan.. so pilih room yang ada provide water heater. Tapi ada satu problem lagi, kalau pagi, (hal ni terjadi kat tempat penginapan yang kecil), bila semua orang mandi pagi, dan kita nie agak lewat sikit mandi, bangun lewat la katakan.. (atas sebab sebab yang tak dapat dielakan... tet tet...), so bila kita mandi lambat, air hangat kat tank semua dah abis.. so penyudahnya dapat la air sejuk jugak.. kui kui kui. Pengajarannya, bangun awal, mandi, sembahyang subuh sama sama ngan wife.. 

Bilik kitaorang... (emmmm...)
Ok, makanan kat tempat penginapan ni kita not bad jugak la.. menu lebih kurang je.. yang penting halal.. mee goreng, beehon goreng, nasi udek (kalau kat Malaysia, kita panggil nasi lemak la...), sosej, bubur dan makanan biasa yang kita makan kat Malaysia.. Tak ada pulak tempe gila ke, nasi goreng kucing ke, biawak bakar ke.. hehehe. Nasib baik jugak tak ada ekk..  

Lepas sarapan, dalam kul 10pagi (Waktu Indonesia Barat - WIB), kami memulakan program kami.. biasanya tourist guide akan suggest kul berapa nak kena gerak.. tapi pun subject pada keselesaan kita jugak.. nak kul 7 am pun boleh.. tapi semua tempat yang kita nak pegi tu lom bukak la...

Destinasi pertama kami adalah ke Tangkuban Perahu. Tempat yang semua orang akan pergi bila ke Bandung nie.. Tangkuban Perahu nie adalah kawah gunung berapi.. ada beberapa kawah lain yang selalu orang pergi jugak.. tapi sini yang teramai kot.. dalam perjalanan tu .. pemandangan memang cantik la.. sebab kanan kiri semua pokok. Ada pokok pine, pokok teh (ladang) dan pertanian kecil kecilan. Yang menariknya, sepanjang perjalanan tu ramai orang jual kelinci (arnab).. just letak kat macam rak, tepi jalan... tak pulak arnab tu melompat ke apa ekk... 


Nak masuk untuk non Indonesian, lebih kurang 300,000 Rupia. Mahal tu.. hehe.. masa tu saja je buat lawak ngan penjaga pintu masuk, konon kami orang Indonesia, loghat sana la kononnya.. tapi diaorang pun dah biasa ngan tektik macam ni kan agaknya.. so diaorang just gelak gelak je la.. at the same time, bagi tiket harga 300,000 Rupia tu... hehehe..

Sampai kat atas sekali mmg sejuk la.. walaupun masa tu lebih kurang kul 11am macam tu.. kira matahari dah nak kat atas la.. tapi, walaupun panas, tapi rasa dingin la.. sebab kat puncak la jugak.. kalau yang tak tahan bau belerang, kena tutup hidung sikit la.. sebab kawah ni adalah jenis yang aktif, so mmg kita akan nampak asap keluar dari tanah la.. kat Malaysia mmg tak jumpa la benda macam tu...

Selain kawah gunung berapi nie, tarikan lain yang ada kat sini adalah pasar cenderahati.. biasa la.. jual baju, key chain dan yang seumpamanya.. diaorang nie bukan saja jual di gerai gerai yang ada sepanjang kawasan nie, tapi marketing diaorang mmg aggresive la.. kira macam direct selling la.. selagi kita tak beli, memang sampai balik la dia akan mengekor kita.. kalau kita beli pulak, lain masalah timbul.. gang gang dia yang lain pulak kejar kita.. kat sana, biasanya harga yang diaorang offer mmg tinggi la.. try nego sampai jadi.. selalunya kita akan bagi dia menyerah.. hehe.. bagi harga kaw kaw punya.. mungkin kita boleh compare harga kat ini ngan harga kat Malaysia.. kalau rasa mahal, nego sampai jadi la.. 

haah ekk.. kat gerai gerai kat sini, diaorang siap ada list harga dalam Rupiah dan dalam RM sekali.. (salah satu bukti ramai orang Malaysia yang datang sini ...) kalau kita rajin, boleh jugak bawak calculator.. boleh kira sekali harga dalam RM..  mindset kita biasanya apa tau, kalau barang kat sana semuanya murah.. tak sebenarnya tak semua pun... tapi kalau g sana bawak 1000RM, mmg rasa macam orang kaya la.. huhu

Perkhidmatan Kuda....
So kita orang ada beli barang sikit la utk bagi kat kawan kawan masa balik nanti... actually apa yang kita beli tu, kalau g melaka pun ada jugak jual hahahaha

Tangkuban Perahu nie kalau ikut sejarah mitosnya, kononnya ada sumpahan gergasi.. so dia sumpah satu sampan nie.. so jadi la batu berupa sampan.. (tak nampak macam sampan pun... iye kan je la.. dah tourist guide cakap macam tu kan... ).. lebih kurang macam lagenda Langkawai la,... kisah Gergasi Mat Lincang... 

Kalau ada sesapa nak jalan jalan naik kuda pun boleh... tak mahal jugak la.. kalau bawak anak anak mmg diaorang nak sangat naik kuda tu... 

Penat ehh baca.. emm ok.. stop dulu la.. nanti sambung lagi... lepas nie, kita akan pegi makan kat Kg Daun.. main air panas kat Sari Ater dan pegi Kebun Strawberi...






Monday, 9 February 2015

Melancong Ke Bandung Indonesia : 3 hari 2 malam yang menyeronokkan.. (Bhgn 2)

Sambungan dari bahagian 1 (klik di sini) 

Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung
Actually kita ada dua pilihan, pertama, check in dulu, pas tu baru pergi tour, as per yang dischedulekan oleh travel agency, ataupun, dari airport terus pergi tour.. pun boleh.. kalau kat Bandung nie, jarak dari Airport ke Bandar Bandung tak jauh sangat... tak sampai 20 minit dah sampai.. so, mana mana option pun boleh.. cuma... emmm, biasa la kita kan.. bila dah check in, nampak bantal pulak, nampak tilam bagai.. confirm nak baring dulu... tu yang delay tu.. haha. nak nak pergi berdua dengan wife pulak tu kan.. 

Kalau kat Malaysia, kira macam siaran Luar EraFM la nie..


Ok, kat sini saya nak share sedikit info pada yang ambil pakej dengan tour agency. Kalau kita ambil ngan tour agency, pastikan kita sampai kat tempat yang kita nak tuju tu, contohnya Bandung, so kita sampai ke Airports tu hendaklah sebelum tengahari.. Sebab, biasanya 1st day yang kita sampai dah ada program dah.. kalau kita sampai malam, kira rugi la.. tapi kita dah bayar utk 1st day yang tak buat apa apa. Faham jugak, sebab biasanya air tiket nie kalau penerbangan terakhir (malam) memang murah sikit.. hehe.. tapi kena consider benda lain jugak.. kalau amik flight yang pertama lagi bagus.. so banyak masa sikit. Kalau program dah abis utk hari tersebut, contohnya kita sampai kul 10 pagi dan tour program abis kul 6 petang, atleast kita ada masa malam utk jalan jalan.. shopping ke.. makan makan ke.. dan lain lain..

Ok, lepas check in, kitaorang telah dibawa jalan jalan @ shopping kat sekitar Jalan Dago.. kat sini mmg banyak tempat shopping la.. Bandung nie mmg terkenal dengan barang barang branded.. kalau sapa yang suka barang branded, boleh la beli barang kat sini.. Kat Bandung nie, terdapat banyak Factory Outlet. Orang tempatan panggil FO.. Antara yang famous macam The Heritage, Rumah Mode, blossom dam macam macam lagi la..

Jalan punya jalan, sekali dah malam da.. malam tu kami balik awal.. tak join makan pun.. sebab penat.. masuk hotel.. dan kami ambil keputusan utk makan kat tepi tempat penginapan kami.. Actually kat sini tempat makan memang banyak la.. especially, tempat makan yang tepi tepi jalan (warung).. kalau tekak jenis yang tak kisah, boleh je melantak kat sini.. kalau jenis yang kisah tentang makanan, cari tempat yang kita selesa pun banyak.. Nak fastfood macam KFC dan McD pun banyak.. 

Ok, ni tips utk pilih tempat penginapan, antara lain kalau boleh mestilah dekat dengan tempat makan ( ni saya suggest), pas tu lagi baik dekat dengan tempat shopping, so malam malam atau masa terluang boleh jalan jalan shopping lagi (yang nie wife saya sugget hehe), selain tu kalau dekat dengan laluan pengangkutan awam lagi baik, sure panjang langkah .. 

Antara iklan yang kreatif kat sana..
Apa yang menarik kat Bandung nie... sepanjang seharian berada disini, apa yang menarik yang dapat kita capture.. antara lain, kereta Waja dan Wira .. haan keta Proton tu... kat sini banyak teksi yang menggunakan Proton Waja dan Proton Wira.. selain dari Toyota Vios dan Van angkutan Kota.. 


Iklan banner kat sini memang creative.. macam macam bahasa yang diaorang guna.. Tempe Gila la, Nasi Goreng Kucing, Biawak Bakar dan macam macam la.. tapi tu cuma salah satu strategi diaorang untuk tarik pelanggan.. kalau kat Malaysia, lom lagi jumpa iklan iklan macam tu..

Proton Wira, teksi di Bandung
Selain itu, kat Bandung nie, kebanyakan pelancong yang datang adalah dari Malaysia.. tak caya? Mmg betul pun, ramai sangat orang Malaysia kat sini.. masa malam tu, sementara tunggu wife bersiap, kitaorang nak kuar jalan jalan sekitar kawasan penginapan, sempat borak dengan penyambut tetamu, dia kata minggu ni je, villa tu 99% orang Malaysia yang booking.. bukan saja kat villa tu, jalan jalan g shopping jumpa orang Muar, jalan jalan g pasaraya jumpa orang Puchong, makan KFC jumpa orang Kedah.. emmm.. 

Perjalanan hari nie memang memenatakan.. naik flight, turun flight, jalan jalan shopping, emmm memang penat.. malam nie adalah malam utk rehat... tadi call anak anak kejap, sedih pulak tak bawak diaorang sekali... Ok.. nanti saya sambung lagi.. next update, saya akan tulis tentang second day kat sana... planningnya nak pergi Tangkuban Perahu... (gunung berapi), Sari Ater (kolam air panas), Kg Daun (tempat makan), kebun strawberi, Bandung Van Java dan Pasar Baru (shopping centre)

ke [bahagian 3]

Thursday, 5 February 2015

Melancong Ke Bandung Indonesia : 3 hari 2 malam yang menyeronokkan.. (Bhgn 1)

Salam... baru baru nie, saya dah wife berkesempatan untuk sama sama dating berdua di Bandung, Indonesia.. Kali ini, kami berdua je.. anak anak semua kami tinggal kat kampung bersama keluarga mentua.. sebenarnya ni adalah kali pertama kami tinggalkan anak anak dengan keluarga di kampung.. sedih gila masa tu sebab selama nie kalau jalan mana mana pun, sure anak anak akan ikut.. tapi kali nie, kami decide untuk pergi berdua je.. kononnya nak honeymoon la kan.. hehe

Kami mengambil penerbangan dari KLIA terus ke Bandung.. Actually sekarang terdapat banyak syarikat penerbangan telah menyediakan perkhidmatan ke Bandung.. Terutama sekali, AirAsia.. Bukan saja dari KLIA, tapi sekarang terdapat juga penerbangan terus dari Senai juga.. 

Iye la kan.. AiraAsia kan sekalu buat promotion kan.. silap silap hari bulan, kita akan dapat tambang yang special.. mungkin bawah RM50 untuk sehala dan kalau lagi bertuah, dapat RM50 untuk tambang pergi dan balik.. sapa tak nak.. tapi kebanyakannya, tambang murah macam nie, memang dari KLIA la.. kalau dari lapangan terbang lain memang susah sikit la.. 

 Sebelum pergi ke sana, kami telah membuat tempahan dengan Travel Agen di Malaysia untuk menguruskan penginapan, transport kami  semasa berada disana.. Takkan nak gunakan travel agen orang lain kan, mesti la kami gunakan travel agen kami sendiri.. Acurate Travel Sdn Bhd.. Sampai di Bandung, mereka telah menunggu kami di airport.. dan kami terus ke hotel.. 

Sebenarnya banyak pilihan pakej untuk kita kami kalau nak ke Bandung nie.. tengok poket sendiri, dah pilih la pakej yang kita rasa sesuai.. Banyak syarikat travel menawarkan pakej yang murah.. serendah RM290 seorang.. tapi biasanya pakej macam nie, kita kena baca betul betul term and conditionnya.. kalau murah tu mesti ada sebabnya.. mungkin minimum mestilah 6 orang, atau mereka tidak menyediakan makanan sekali, atau hotel jauh dari tempat shopping atau mungkin hotel just hotel budget. Senang kata, zaman sekarang nie, kita boleh berpegang dengan konsep value for money.. maksudnya, kita akan dapat nilai dengan apa yang kita bayar.. kalau bayar RM290, dapat la nilai RM290, kalau bayar RM500 dapat la nilai RM500 dan seterusnya... 

Masa tu kami duduk dihotel Jalan Dr Otten.. Satu rumah banglow, tapi diaorang dah modify untuk jadikan hotel.. very nice.. ada mini taman, ada air pancuran sikit .. ada pokok pokok dalam villa tu.. memang very nice.. 

Ok.. next entry, saya akan ceritakan panjang lebar mengenai hari pertama kami di sana..

[ Klik Ke Bahagian II ]